fbpx

Mesir akhirnya naikkan harga minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang pekerja di sebuah stesen minyak di Kaherah. - Foto AFP

KAHERAH – Pemerintah Mesir bertindak menaikkan harga minyak RON dan diesel bermula hari in, lapor portal berita Arab News.

Pengumuman kenaikan itu dibuat oleh Jawatankuasa Harga Bahan Api yang melakukan kajian tentang harga minyak dan diesel.

Harga RON 80 meningkat satu pound Mesir(RM0.10),  menjadikannya 11 pound (RM1.11) bagi setiap liter.

Minyak RON 92 pula berharga 12.50 pound (RM1.27) seliter, naik daripada 11.50 pound (RM1.16).

Harga minyak RON 95 berada pada 13.50 pound (RM1.37) seliter  dan bukannya 12.50 pound seperti sebelum ini.

Selain itu, harga gas silinder 12.5 kilogram untuk kegunaan domestik  meningkat daripada 75 pound (RM7.62) kepada 100 pound (RM10.16). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI