JAKARTA – Seorang gadis trauma untuk menunaikan solat tarawih di masjid selepas menerima tawaran menjadi isteri kedua kepada seorang ustaz, lapor akhbar TribunJateng semalam.
Tawaran itu disampaikan di masjid melalui sepucuk surat yang diterimanya. Kandungan surat menyatakan bahawa seorang lelaki menggelarkan dirinya ustaz, meminta izin gadis itu untuk menjadikannya isteri kedua.
Gadis itu tidak menyangka ketabahannya ke masjid untuk menunaikan solat tarawih akan berakhir seperti itu.
Sampul surat berwarna coklat itu pada mulanya dianggap sebagai surat bantuan untuk anak yatim. Namun, ia merupakan surat tawaran untuk berkahwin.
Kisah gadis itu kemudian tular di media sosial khususnya TikTok.
Gadis berkenaan mengalami trauma hingga menyebabkan dia enggan menunaikan solat tarawih di masjid berkenaan.
Kejadian itu dikongsi menerusi akaun TikTok @rushkisses_. – AGENSI