fbpx

Tujuh beranak keletihan lepas tiga minggu hidup gelandangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tujuh sekeluarga yang hidup bergelandangan hampir tiga minggu yang dikongsikan LZS di Facebook.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri bersama lima anak kecil mengundang simpati orang ramai apabila ditemui keletihan selepas hampir tiga minggu bergelandangan di sekitar Bandar Baru Bangi.

Menerusi perkongsian Lembaga Zakat Selangor (LZS), mereka sekeluarga termasuk anak berusia tiga ke 11 tahun, hidup berpindah-randah termasuk tinggal di kaki lima kedai.

“Hari kedua berpuasa keluarga ini diadukan bergelandangan. Rata-rata hanya mampu melihat dan simpati dengan hulurkan seringgit dua untuk alas perut,” kongsi LZS di Facebook.

LZS berkata, pasukan Operasi Agihan Daerah Hulu Langat berjaya menjejaki keluarga berkenaan dan bantuan kecemasan serta tempat tinggal sementara segera diberikan.

“Kami juga sumban wang tunai untuk dan menyewakan dua hari homestay bagi keselesaan anak-anak kecil sementara mencari rumah sewa.

“Alhamdulillah ada yang bersimpati. Tanpa deposit yang diminta tuan rumah, dibenarkan masuk ke rumah sewa segera,” katanya.

Selain itu, LZS juga telah mendaftarkan keluarga berkenaan sebagai asnaf sementara.

“Segala aduan dan siasatan adalah melihat kepada keperluan utama. Selebihnya, keluarga ini perlu mengusahakan sesuatu agar dapat meneruskan kelangsungan hidup,” tambah LZS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI