KUALA SELANGOR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan merasmikan Masjid At-Tuqo yang berusia 74 tahun di Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini, petang tadi.
Masjid yang mula dibina pada 1950 itu melalui proses baik pulih secara berperingkat dan mampu memuatkan seramai 800 jemaah dalam satu-satu masa.
Baginda berkenan menamakan rumah ibadat itu sebagai Masjid At-Tuqo ketika melafazkan titah perasmian dan menandatangani plak perasmiannya.
Turut berangkat, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.-KOSMO!ONLINE