fbpx

Singapura berjaya laksana misi bantuan ‘air drop’ pertama ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Singapura menggugurkan bantuan kemanusiaan melalui udara ke Gaza dari pesawat C-130 RSAF, semalam.- FOTO IHSAN RSAF

PETALING JAYA – Singapura berjaya melaksanakan misi bantuan pertamanya yang digugurkan melalui udara (air drop) ke Gaza, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), misi tersebut dijalankan dengan kerjasama Tentera Udara Jordan.

Dalam hantaran sama, RSAF turut memuat naik beberapa foto penyediaan dan pelaksanaan misi berkenaan yang menggunakan pesawat pengangkut C-130.

“Kami berharap misi ini akan membawa sedikit kelegaan kepada situasi kemanusiaan di Gaza,” katanya.

Difahamkan, bantuan kemanusiaan tersebut meliputi peti berisi makanan dan barangan keperluan harian bagi penduduk di Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI