fbpx

SFC lancar operasi nyah buaya di sepanjang Sungai Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Penguatkuasan dan Perlindungan SFC dari Pejabat Wilayah Kuching memasang pancing bagi mengurangkan populasi buaya di sepanjang Sungai Sarawak.

KUCHING – Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melancarkan operasi nyah buaya bagi mengurangkan populasi buaya di sepanjang Sungai Sarawak (Zon Nyah Buaya).

SFC dalam kenyataan berkata, operasi itu dijalankan dari 14 sehingga 27 Mac ini berikutan aduan orang awam tentang kemunculan buaya di kawasan-kawasan yang terbabit.

“Seramai enam orang anggota Penguatkuasan dan Perlindungan SFC dari Pejabat Wilayah Kuching terlibat dengan misi menjejaki serta menangkap buaya bagi mengurangkan populasi buaya di sepanjang sungai tersebut.

“Kaedah seperti pemasangan pancing dan penggunaan senjata api digunakan sepanjang operasi berjalan,” katanya.

Bagaimanapun katanya setakat ini, tiada buaya yang dikesan dan operasi tersebut akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

Menjelas lanjut, SFC menyatakan operasi itu dijalankan di sungai-sungai berhampiran Kampung Bintawa, Kampung Pulo, Kampung Semarang, Petanak, Padungan, Kampung Panglima Seman, Kampung Sinjan, Kampung Tupong, Kampung Ajibah Abol, Kampung Patingan dan Kampung Kudei.

Justeru, katanya penduduk kampung diminta agar memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan operasi berkenaan berjalan dengan jaya dan selamat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI