PETALING JAYA – Radium Development Berhad (Radium) mengumumkan dividen interim satu peringkat pertama kepada pemegang sahamnya sebanyak 1 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024.
Kumpulan itu sebelum ini mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM19.8 juga bagi FY23, mampamerkan keupayaan syarikat menjana pendapatan positif ketika berdepan landskap pasaran yang kompetitif.
Radium juga melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) belum diaudit sebanyak RM19.8 juta bagi FYE2023
Ia sekali gus mempamerkan keupayaan syarikat untuk menjana pendapatan memberangsangkan dalam landskap pasaran yang kompetitif.
Syarikat berkenaan turut mengekalkan nisbah penggearan kasar yang rendah sebanyak 0.05 kali.
Unjuran berkenaan menggariskan amalan pengurusan kewangan berhemah dan asas kewangan kukuh, yang meletakkan Radium terus mampan dan stabil dalam sektor pembangunan hartanah.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Gary Gan Kah Siong berkata, pertumbuhan pendapatan yang kukuh dan pelaburan strategik Radium membolehkan syarikat memenuhi komitmen dan memberi ganjaran kepada pemegang saham yang berterusan memberi sokongan.
“Pengumuman dividen interim satu peringkat pertama mengesahkan semula kekuatan kewangan dan kapasiti Radium menyampaikan nilai mampan kepada pemegang kepentingannya.
“Dengan tumpuan kepada kehematan kewangan dan inisiatif pertumbuhan strategik, Radium kekal di barisan hadapan dalam sektor pembangunan hartanah negara,” katanya menerusi satu kenyataan.
Dalam perkembangan lain, pengambilalihan tanah strategik Radium di Jalan Klang Lama dan pelancaran projek seperti Vista Adesa @ Desa Timur dan Radium Adesa @ Desa East Residences memacu pertumbuhan dan meningkatkan nilai pemegang saham.
Kadar penggunaan tinggi bagi projek Vista Adesa dan Radium Adesa, masing-masing pada 60 dan 78 peratus menunjukkan permintaan pasaran yang kukuh dan keyakinan terhadap perkembangan syarikat.
Penjajaran projek Vista Adesa dengan strategi pemilikan rumah kerajaan dengan sokongan program pinjaman Housing Credit Guarantee Corporation (HCGS), menyerlahkan perkongsian strategik dan komitmen Radium untuk menyediakan penyelesaian hartanah yang boleh diakses.
Selain itu, kerjasama Radium dengan MyCharge EV Sdn. Bhd. untuk menyepadukan pengecas kenderaan elektrik (EV) mempamerkan komitmen syarikat terhadap kelestarian dan inovasi alam sekitar. – KOSMO! ONLINE