fbpx

Penjawat awam antara tiga direman buat tuntutan palsu lebih RM800,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga individu termasuk seorang penjawat awam direman empat hari di Mahkamah Majistret Ipoh.- Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Tiga individu termasuk seorang penjawat awam direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu untuk projek pembekalan ternakan bernilai lebih RM800,000.

Perintah reman sehingga Ahad depan terhadap pemilik syarikat dan penjawat awam masing-masing berusia 38 tahun serta pengerusi padang ragut berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas kesemua suspek mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ketiga-tiga suspek ditahan antara pukul 8 hingga 9 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya di sini.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 9.46 pagi dengan berpakaian lokap SPRM sebelum dibawa keluar pada pukul 11.05 pagi.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu ditahan kerana dipercayai terlibat memalsukan dokumen berhubung invois tuntutan pembayaran berjumlah RM836,798.

Pemalsuan itu membabitkan tuntutan bagi Perkhidmatan Membekal dan Menghantar Ternakan Kambing Tenusu, Kambing Pedaging dan Bebiri Bersertifikasi Diimport untuk projek subsektor ternakan daerah Perak Tengah, Program Pembangunan Jajaran Sungai Perak Tahun 2020, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI