fbpx

Penduduk kampung tubuh peronda bot kawal rumah ditenggelami bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot dinaiki beberapa lelaki mengawal kampung di Demak semalam. - Foto Tribun Jateng

JAKARTA  – Penduduk di Demak, Jawa Tengah bertindak menubuhkan pasukan peronda bot getah selepas banjir melanda kampung mereka sejak minggu lalu, lapor portal berita TribunJateng,com hari ini.

Tujuan penubuhan pasukan  bot itu adalah untuk melakukan rondaan bagi menjaga harta dan barang-barang penduduk yang ditinggalkan di rumah akibat banjir.

Kaum lelaki yang menubuhkan kumpulan peronda bot tersebut di Kampung Ketanjung, Demak.

Seorang penduduk dikenali sebagai Giarto berkata,  kumpulan peronda itu ditubuhkan  berdasarkan pengalaman yang mereka alami semasa bencana  banjir pada Februari lalu. 

Menurutnya, ketika itu ada penduduk menemui orang tidak dikenali menaiki bot dan mengelilingi kawasan perkampungan yang ditenggelami air bah.

Lelaki itu disyaki hendak mengambil kesempatan dengan mencuri barang-barang berharga milik penduduk dari rumah mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI