fbpx

Pembekalan elektrik semenanjung dalam prestasi baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pencapaian pembekalan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia menunjukkan prestasi baik dengan catatan di bawah sasaran Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) iaitu 48 minit per pelanggan per tahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pencapaian SAIDI di Semenanjung bagi 2023 adalah 46.10 minit per pelanggan per tahun berbanding 45.06 minit per pelangan per tahun pada 2022.

“Berdasarkan laporan pencapaian SAIDI, jelas menunjukkan TNB (Tenaga Nasional Berhad) berjaya mengekalkan pencapaian di bawah sasaran ditetapkan iaitu 48 minit per pengguna per tahun sepanjang tempoh tersebut.

“Antara punca yang menyebabkan bekalan elektrik terputus adalah kerosakan konduktor, kotak fius dan juga penyambung penindik penebat serta gangguan tumbuh-tumbuhan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan P. Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu langkah intervensi diambil Kerajaan Persekutuan terhadap kawasan sering mengalami gangguan bekalan elektrik.

Tambah Fadillah, prestasi TNB sebagai pemegang lesen pembekalan elektrik kepada lebih sembilan juta pelanggan di Semenanjung dipantau Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan stabil. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI