fbpx

MPOCGF meterai MoA dengan UPM, Sabah Softwoods Berhad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hairulazim (dua dari kiri), Mohd. Daud (empat dari kiri) dan Dr. Anjas Asmara (empat dari kanan) pada majlis permeteraian MoA di Pejabat Penanaman Pokok Pusat SSB di Brumas,Tawau, Sabah, hari ini.

PETALING JAYA – Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) dengan dua rakan strategik iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Sabah Softwoods Berhad (SSB).

Permeteraian MoA itu diwakili Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud, Pengarah Institut Pertanian Tropika & Sekuriti Makanan UPM, Prof. Dr. Anjas Asmara @ Ab Hadi Samsudin dan Ketua Pegawai Eksekutif SSB, Datuk Mohd. Daud Tampokong

MoA pertama adalah bagi projek ‘Guidelines for Biodiversity-friendly Plantation’ antara MPOGCF dan UPM dengan peruntukan sebanyak RM298,462 yang mengambil masa setahun.

Selain itu, bagi projek kedua iaitu ‘Bornean Elephant Grass Planting’ antara MPOGCF, UPM dan SSB dengan peruntukan berjumlah RM451,818 yang mana tempoh kajian adalah selama dua tahun, bermula tahun ini.

Hairulazim berkata, projek pertama itu yang diketuai Dr. Tengku Rinalfi Putra Tengku Azizan dari UPM itu bertujuan menyediakan garis panduan dalam industri sawit melibatkan aktiviti kajian lapangan, seminar dan bengkel.

“Inisiatif ini sekali gus berupaya menangani konflik manusia dan hidupan liar yang sering berlaku di ladang kelapa sawit bagi mencapai matlamat kehidupan bersama secara harmoni tanpa menjejaskan hasil minyak sawit,” katanya ketika berucap di Pejabat Penanaman Pokok Pusat SSB di Brumas, Tawau, Sabah, hari ini.

Sementara itu, Hairulazim berkata, objektif kajian projek kedua pula yang diketuai Prof. Madya Dr. Hasliza Abu Hassim (UPM), adalah untuk menentukan ciri kaedah penanaman dan komposisi pemakanan rumput Napier dalam mempengaruhi pergerakan kumpulan gajah.

“Koridor ini diwujudkan oleh syarikat SSB dengan inisiatif kerjasama WWF-Malaysia bagi menghubungkan Hutan Simpan Ulu Kalumpang di bahagian tenggara selatan dan Hutan Simpan Ulu Segama yang terletak di bahagian utara,” jelasnya.

“Kewujudan koridor ini membolehkan pergerakan spesies hidupan liar yang terancam terutamanya gajah pigmi Borneo dari satu kawasan hutan ke hutan yang lain,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI