LONDON – Bintang muda Manchester United, Kobbie Mainoo sedang berada di kemuncak prestasinya apabila namanya turut tersenarai dalam senarai pemain yang akan jalani latihan pusat skuad kebangsaan England.
Perkembangan itu menyerlahkan perkembangan positif buat kariernya terutamanya pengendali pasukan, Gareth Southgate kini sedang merangka persiapan terbaik untuk hadapi persahabatan menentang Brazil dan Belgium.
“Kobbie Mainoo telah menerima panggilan untuk sertai skuad senior England buat kali pertama,” menurut kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak England.
Sejak dinaikan ke skuad senior, Mainoo sudah pun merekodkan 20 penampilan dengan penuh cemerlang bersama The Red Devils dan perkembangan sekarang membuka ruang buatnya mengintai tempat ke saingan Euro 2024, Jun ini.
Skuad The Three Lions akan menentang Brazil di Stadium Wembley, awal pagi Ahad ini sebelum menentang Belgium pada Rabu.
“Dia sudah pun mempamerkan aksi cemerlang dan saya tidak pasti adakah dia harus bermain sebagai pemain tengah bertahan ataupun sebaliknya.
“Dia seorang pemain yang progresif dan sesuatu yang cukup bagus untuk kami memantau perkembangannya,” kata Southgate. – AGENSI