fbpx

Langkah Sze Fei-Izzuddin terhenti di Terbuka Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR IZZUDDIN (depan) dan Sze Fei gagal tempat slot suku akhir Terbuka Switzerland.

KUALA LUMPUR – Perjalanan beregu sensasi negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani di Terbuka Switzerland terhenti di pusingan kedua selepas tumpas di tangan lawan dari Thailand, Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di St.Jakobshalle Basel tersebut, Sze Fei-Izzudin yang turun selaku pemain pilihan ketujuh kejohanan menampilkan aksi cukup baik pada set pertama perlawanan selepas mencatat kemenangan 21-17.

Pada set kedua perlawanan, Sze Fei-Izzudin dipaksa bermandi peluh apabila gandingan dari Thailand tersebut bangkit sebelum mencatat kemenangan 21-19.

Impian pasangan negara untuk mara ke peringkat suku akhir tidak kesampaian apabila mereka tumpas 15-21 apabila sering melakukan kesilapan mudah hingga membuka ruang kepada lawannya itu bangkit mencipta kemenangan.

Berdasarkan rekod pertemuan, ini adalah kekalahan kedua Sze Fei-Izzudin ke atas gandingan Thailand tersebut yang sebelum ini mereka tewas sewaktu Terbuka Thailand pada 2021.

Pada Januari lalu, Sze Fei-Izzudin bangkit mencatat kemenangan straight set 21-17, 22-20 ke atas pasangan No. 24 dunia tersebut sewaktu Terbuka Malaysia pada Januari lalu.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke pentas suku akhir apabila mudah mengatasi rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King 21-10, 21-11 dalam tempoh 31 minit.

Wei Chong-Kai Wun dijadual bertemu Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin selepas lawan dari Indonesia itu mengesahkan kemaraan ke suku akhir dengan menewaskan satu lagi beregu negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 16-21, 21-13, 21-12. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI