fbpx

Kerajaan tidak zalim kepada Terengganu, peruntukan tingkat setiap tahun – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan tidak pernah zalim terhadap Terengganu terutama dalam soal Pemberian Persekutuan dan Belanja Pembangunan sebaliknya peruntukan berkenaan ditingkatkan setiap tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agihan peruntukan Belanja Pembangunan bagi Terengganu ditingkatkan kepada RM1.59 bilion tahun ini berbanding RM1.55 bilion pada 2023.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bagi Pemberian Persekutuan pula, jumlah diberikan lebih tinggi berbanding agihan oleh kerajaan terdahulu.

“Peruntukan (Pemberian Persekutuan) yang diagihkan oleh kita (Kerajaan Perpaduan) lebih pada pemerintahan ketika Pas dan Bersatu…zalim macam mana? Kita tambah kepada RM413 juta pada 2023 dan dijangka terus meningkat pada tahun 2024.

“Dia (Menteri Besar Terengganu) kata zalim. Ketika saya menjadi pembangkang berpuluh tahun, kita tidak menerima sebarang peruntukan, termasuk ketika UMNO-Pas-Bersatu menjadi kerajaan. Ketika itu tidak zalim, tetapi sekarang zalim?

“Bolehkah undang-undang (Islam) berubah mengikut pakatan politik? Kalau dulu zalim, ya, sekarang pun zalim,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI