NEW DELHI – Seorang pembeli menemui seekor lipas di dalam sandwic ketika dia sedang memakannya dalam kejadian di Bengaluru, India, lapor akhbar The Indian Express hari ini.
Dia berkongsi gambar sandwic bersama lipas itu di platform Reddit selepas memesannya dari dapur awam atau dikenali sebagai cloud kitchen.
Pelanggan yang menggunakan nama NomadicGeek1 itu menulis pada kapsyen: “Lipas dalam sandwic.”
Hantaran itu menerima lebih 300 reaksi dengan ada pengguna laman sosial berkongsi kejadian serupa.
Seorang netizen menulis : “Sukar untuk mengetahui tentang kualiti kerana kebanyakan dapur awan tidak disenaraikan dalam Peta Google.”
“Saya menemui lipas beberapa kali dalam sup yang dipesan dari dapur awan dan beriani yang dipesan dari restoran terkenal,” kata netizen lain.
Dapur awam membolehkan pengendali makanan menyewa ruang untuk menyediakan makanan khusus untuk penghantaran kepada pelanggan. – AGENSI