fbpx

Jangan sampai aku keluar agama – Fatiya Latiff

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATIYA LATIFF

PETALING JAYA – Pelakon Fatiya Latiff memberi amaran keluar agama gara-gara sering menerima kritikan melampau segelintir individu dalam media sosial.

Bagaimanapun, Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff tidak menjelaskan secara terperinci punca dia sakit hati sehingga mengakibatkannya mengeluarkan kenyataan sanggup murtad.

“Kalian jangan sampai aku keluar agama sebab kalian. Aku minum arak, pakai seluar pendek atau jadi kafir kerana bengang dengan kalian.

“Aku tidak berdosa cuma kalian yang akan masuk neraka sebab selalu paksa aku,” katanya menerusi sebuah video TikTok.

Dalam masa sama, pelakon drama Ariana Rose itu menegaskan tidak dapat memaafkan seseorang sekiranya masih terdapat sisa dendam dalam hati.

“Jangan sampai aku tukar agama, ibadah 100 tahun pun tidak berguna kerana kalian sudah buat seorang saudari jadi begini.

“Buat orang marah, sakitkan hati orang. Allah boleh maafkan tetapi manusia belum tentu dapat maafkan,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fatiya menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

‘Drama’ panas membabitkan Fatiya seterusnya bersambung sehingga mencetuskan perbalahan antaranya dengan pelakon, Zarina Anjoulie dalam media sosial.

Sikapnya yang mengejutkan itu mengundang pelbagai dakwaan bahkan ada menuduh pelakon terbabit sudah dibuang keluarga, mempunyai masalah kesihatan mental selain mengambil bahan terlarang.

Fatiya bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan dirinya dalam keadaan sihat dan hanya mengalami stres.

Tidak lama kemudian, Fatiya mengakui keadaan dirinya hari ini adalah kesan cinta tidak kesampaian dengan bekas kekasihnya, Aiman.

Menurutnya lagi, dia hanya akan berhenti mengganggu jika pelakon itu tampil memohon maaf kepadanya secara terbuka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI