fbpx

Ibu gelisah tengah malam sebab Aliff – Aisyah Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Aisyah Aziz menjadi saksi pengorbanan ibu kepada sepanjang menghadapi kemelut membabitkan abangnya sejak beberapa tahun lalu.

PETALING JAYA – Adik kepada selebriti sensasi Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz mengakui menjadi saksi pengorbanan ibu mereka sepanjang menghadapi kemelut membabitkan abangnya sejak beberapa tahun lalu.

Penyanyi itu, mendedahkan, insan kesayangannya, Siti Hafiza Basharahil menanggung kecaman netizen selain berdepan kegelisahan yang mengganggu waktu tidurnya.

“Saya tahu pengorbanan ibu. Saya ingat kesemuanya dan semoga Allah membantu saya untuk tidak melupakannya.

“Kegelisahan lewat malam menerusi panggilan telefon terpaksa ibu tanggung selama bertahun-tahun,” tulisnya menerusi ruangan komen dalam hantaran ibunya.

Menurut pemilik nama lengkap Nur Aisyah Aziz, 29, itu, wanita terbabit adalah individu berjiwa kental biarpun dugaan hebat datang melanda.

Dia juga mengakui dapat melihat sendiri kesabaran seorang insan bergelar ibu yang tabah mengharung ujian demi kasih sayang.

Bukan itu sahaja, wanita separuh usia itu juga dikatakan berlapang dada menerima apa yang berlaku walaupun pada awalnya dia seakan-akan tidak dapat menerima hakikat.

“Ibu juga membuktikan kepada saya bahawa perubahan bermula daripada kesanggupan dan kesediaan untuk berada dalam ruang yang tidak selesa adalah hanya kerana Allah dan cinta,” ujarnya.

Sejak anak sulungnya itu terjebak kes khalwat bersama pelakon Ruhainies pada 9 Mac lalu, Hafiza hanya banyak berkongsi kata-kata penuh makna mengenai kehidupan.

Namun, ada invidivu menggunakan kesempatan menyerang keluarganya dalam ruangan komen Instagram kerana tidak puas hati terhadap Aliff selepas berulang kali terpalit pelbagai kontroversi.

Isu yang membuatkan nama penyanyi dan pelakon asal Singapura itu menjadi sebutan semakin hangat apabila isteri Aliff, Bella Astillah pula memfailkan permohonan cerai dua hari selepas tangkapan terhadap suaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI