fbpx

Harimau dahan mati dilanggar kenderaan di WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai harimau dahan yang ditemui di WCE di Beruas semalam. - Foto MEDIA SOSIAL

IPOH – Seekor harimau dahan ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di Trong menghala ke Beruas semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya telah mengambil bangkai harimau dahan di lokasi tersebut pada petang semalam.

“Bangkai itu telah busuk dan kita percaya harimau dahan tersebut telah dilanggar kenderaan dua hari sebelumnya berdasarkan keadaan bangkainya.

“Jantinanya jantan dan dianggarkan berusia 5 tahun dengan berat 20 kilogram,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial berkenaan penemuan haiwan tersebut di tepi lebuh raya berkenaan oleh seorang lelaki.

Bangkai harimau dahan berkenaan ditemui dalam keadaannya yang telah membusuk serta dihurung oleh lalat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI