fbpx

Beras tempatan ‘hilang’, Anwar akui penguatkuasaan lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan aspek penguatkuasaan dan pemantauan menyebabkan negara ‘kehilangan’ beras putih tempatan (BPT) di pasaran tempatan.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu semua pihak lebih tegas dan kerap melakukan pemantauan dan tinjauan bukan sahaja mengenai soal beras sahaja sebaliknya barangan keperluan lain.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) baru-baru ini menggambarkan bahawa kerajaan tegas dalam soal harga dan bekalan beras.

“NACCOL baru-baru ini memutuskan bahawa beras putih import (BPI) diturunkan antara RM2 hingga RM3 sekampit sekali gus membolehkan BPT kembali berada di pasaran.

“Aneh juga bila Perdana Menteri dah naik angin sikit (kecewa dengan ketiadaan BPT di pasaran), Padiberas Nasional Bhd (Bernas) kata boleh turun harga RM2 dan pengilang pula kata boleh turun RM1.

“Tahun sudah tiada pula jadi, Alhamdulillah turun RM3 harga beras import dan ia penurunan yang banyak untuk pembeli dan pengguna biasa,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI