fbpx

Baju Melayu di promosi sehingga ke Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lelaki Mesir yang segak memakai baju Melayu.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penceramah selebiti dan penyanyi, Dai Syed memuat naik satu video yang memaparkan dirinya mempromosikan baju Melayu di Mesir menarik perhatian umum.

Menerusi perkongsian video TikTok @daisyed, beliau dilihat mempromosikan pakaian kebangsaan Malaysia itu dengan mengajak seorang lelaki Mesir untuk memperagakan satu set baju Melayu yang lengkap seperti dirinya.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai pengguna tertarik dan teruja dengan ketampanan peniaga Mesir itu yang tampil segak selepas menyarungkan baju Melayu lengkap bersama samping dan songkok.

“Pak cik itu pakai baju Melayu automatik nampak muka orang Kuala Kangsar terus,” komen Mat Roy.

“Dai boleh terus buat video macam ini.. biar dunia tahu baju Melayu kita antara baju tercantik di dunia,” komen Lin Khairul.

“Orang pandang suka baju Melayu cantiknya, maksudnya baju Melayu sangat bernilai walau dibawa ke luar negara,” ujar pengguna yang lain.

Difahamkan penceramah selebriti tersebut dikatakan mengambil inspirasi daripada video seorang pempengaruh daripada China, MilesMoretti yang memperagakan pakaian di jalanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI