fbpx

AS edar draf resolusi minta gencatan senjata segera di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLINKEN ketika berada di Jeddah semalam. – AFP

NEW YORK  – Amerika Syarikat (AS) mengedarkan draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa ‘gencatan senjata segera berkaitan pembebasan tebusan’ dilaksanakan di Semenanjung Gaza, kata Setiausaha Negara Antony Blinken.

Beliau membuat pengumuman itu semasa rangka lawatan ke Asia Barat termasuk kunjungan ke Israel.

AS yang merupakan sekutu utama Israel sebelum ini menggunakan kuasa vetonya  untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengenai perang Gaza yang belarutan selama hampir enam bulan termasuk membantah perkataan ‘segera’ dalam draf gencatan senjata diserahkan oleh Algeria.

Bagaimanapun, Washington meningkatkan tekanan terhadap sekutunya sejak beberapa minggu kebelakangan ini sementara terus bertegas bahawa kumpulan Hamas perlu membebaskan segera tebusan yang ditawan semasa serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

“Kami memiliki resolusi yang kami ketengahkan sekarang ini kepada Majlis Keselamatan PBB untuk menggesa gencatan senjata segera dan dikaitkan dengan pembebasan tebusan. Kami amat berharap negara-negara dunia menyokong draf ini,” kata Blinken di Arab Saudi.

“Saya fikir draf ini menghantar mesej jelas dan kuat,” tambahnya kepada media Arab Saudi, Al Hadath semalam. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI