fbpx

53,370 tiket bas balik Kelantan habis dalam masa dua jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ibrahim (kiri) memeriksa bas ekspres Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk perjalanan perantau pulang ke Kelantan dari seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri habis dijual dalam tempoh dua jam.

Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail ber­ka­ta, penjualan tiket berkenaan membabitkan waktu puncak bermula 4 April sehingga 9 April.

“Perjalanan bas ekspres paling banyak menjelang Syawal adalah laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Konsortium E-Mutiara menyediakan 70 buah bas dengan keseluruhan 1,186 trip perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara.

“Bagi waktu kemuncak, kita menyediakan sebanyak 108 perjalanan sehari termasuk 88 trip untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian zakat oleh Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Che Ibrahim memberitahu, pihaknya akan menyediakan tiket tambahan untuk laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan sempena Aidilfitri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI