fbpx

Zii Jia mara ke pusingan kedua Terbuka Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA akan berdepan pemain India, Srikanth Kidambi di pusingan kedua Terbuka Switzerland esok.

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia membuka kempen Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua sejurus mengatasi pemain Taiwan, Su Li Yang sebentar tadi.

Pada set pertama perlawanan, Zii Jia dilihat mempamerkan aksi sedikit goyah apabila sering melakukan kesilapan hingga membuka ruang kepada Li Yang untuk bangkit.

Bagaimanapun, Zii Jia yang turun selaku pemain ranking No. 10 dunia tersebut kembali mengatur rentak sebelum mencatat kemenangan pada set pertama dengan keputusan 21-19 di St. Jakobshalle, Basel.

Pada set kedua, Zii Jia terus garang dan tidak membuka ruang untuk melakukan kesilapan mudah sebelum menjinakkan Li Yang 21-12 untuk mara ke pusingan kedua.

ZII JIA akan berdepan pemain India, Srikanth Kidambi di pusingan kedua Terbuka Switzerland esok.

Menanti Zii Jia di pusingan kedua ialah Srikanth Kidambi selepas pemain ranking No. 27 dunia dari India itu bijak mengatasi pemain Taiwan, Wang Tzu Wei dengan kemenangan straight set 21-17, 21-18 dalam tempoh 43 minit.

Berdasarkan rekod pertemuan, Zii Jia dilihat tidak berdepan masalah untuk mengatasi jaguh India tersebut apabila mempunyai kelebihan dengan rekod kemenangan 4-1.

Pertemuan kali terakhir antara mereka berdua adalah di Indonesia Masters pada Januari lalu yang menyaksikan Zii Jia dipaksa bermandi peluh dalam pertarungan tiga set.

Bagaimanapun, Zii Jia bijak mengatur langkah sebelum bangkit mencipta kemenangan 19-21, 21-14, 21-11.

Minggu lalu, Zii Jia terkandas di suku akhir Seluruh England di tangan pemain India, Lakshya Sen 22-20, 16-21, 19-21 dalam pertarungan selama 1 jam 11 minit. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI