fbpx

Wanita dakwa suara imam, bilal mengganggu diarah ke Hospital Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sofiah (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, pagi tadi. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan seorang wanita yang bertindak mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap imam dan bilal Masjid Ar Rahman di Batu Ferringhi, baru-baru ini menjalani pemantauan psikiatri di Hospital Bahagia selama sebulan.

Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi mengeluarkan perintah itu terhadap Sofiah Abdul Majid, 65, selepas mendapati warga emas itu berada dalam keadaan tidak stabil di mahkamah.

“Berdasarkan pemerhatian, mahkamah mendapati tertuduh kurang stabil dan perlu menjalani pemantauan di hospital selama sebulan.

“Tertuduh perlu kembali ke mahkamah pada 19 April ini bersama laporan psikiatri yang lengkap,” katanya pada prosiding pagi tadi.

Terdahulu, tertuduh didakwa menghina imam dan bilal masjid dengam menggunakan kata-kata jelik dengan niat disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan orang tersebut, kira-kira pukul 10 malam, pada 12 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Ketika pertuduhan dibacakan, tertuduh yang dilihat dalam keadaan tidak stabil berulang kali menyatakan pertuduhan yang dikenakan terhadapnya adalah satu penipuan.

“Bagaimana saya nak mengaku (pertuduhan dibaca) betul? Semua itu salah. Itu adalah perkataan orang lain. Semua yang dibaca itu tipu, saya tidak setuju dengan penipuan,” kata tertuduh.

Mahkamah kemudian membuat keputusan tertuduh perlu menjalani pemantaun di Hospital Bahagia selama sebulan. Tertuduh juga kelihatan resah dan menyatakan dia mempunyai janji temu  di Hospital Pulau Pinang.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Pulau Pinang, Mohd. Nordin Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI