PETALING JAYA – Musim kemarau yang melanda Kelantan menyebabkan banyak tali air dan terusan kering, sekali gus menyukarkan pesawah di negeri itu meneruskan aktiviti pertanian.
Sehubungan itu, pelbagai usaha dilakukan untuk memenuhkan kembali tali air tersebut termasuk mengepam air dari sungai berdekatan.
Menerusi perkongsian TikTok @pakarpamair, seorang pengusaha pam air dikenali sebagai Abe Mat ditugaskan untuk memindahkan air dari Sungai Kelantan ke tali air di Dewan Beta, Ketereh.
“Pagi ini 17 Mac 2024, Abe Mat diminta oleh pesawah untuk melawat tapak, macam mana hendak penuhkan terusan ini dengan air sungai.
“Selepas memberi penerangan, para pesawah bersetuju untuk menggunakan cara kami untuk pindahkan air dari Sungai Kelantan masuk ke dalam tali air untuk dibekalkan ke sawah-sawah mereka,” ujarnya
Menurut Abe Mat, walaupun pesawah telah berhabis ribuan ribu ringgit untuk tanaman padi, namun mereka akan melakukan ikhtiar sebaik mungkin untuk memastikan tanaman mendapat sumber air.
“Saya cuba bantu seupaya mungkin.
“Ada yang Abe Mat jumpa tadi modal benih dan taman pun dah lebih seratus ribu. Kalau tak jadi musim ni nyaknyo (kasihan). Kita cuba,” tambahnya.
@pakarpamair pagi ni 17 mac 2024 Abe Mat di minta oleh pesawah untuk site visit macam mana nak penuhkan terusan ini dengan air dari sungai. selepas beri konsultansi para pesawah bersetuju untuk guna cara kami untuk transfer air daripada sungai Kelantan masuk ke tali air untuk bekalkan ke sawah2 mereka. Investment mereka untuk tanam padi musim ni lebih beratus ribu rial. ini salah satu ikthiar mereka agar masalah ni selesai. Abe Mat cuba bantu seupaya mungkin, tanpa bantuan dari pihak kerajaan pun kita redah.. #abematpakarpamair #sawahpadi #jabatanpertanianmalaysia #share #share #kada #pesawah ♬ original sound – AbeMat | Pakar Pam Air