fbpx

[VIDEO] Fasha menangis kenang kisah duduk rumah anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Fasha sedih mengenang kisah lama pernah tinggal di rumah kebajikan bersama anak-anak yatim.

KUALA LUMPUR – Pelakon Fasha Sandha mengakui memahami situasi dilalui anak yatim yang kehilangan kasih sayang kerana dia sendiri pernah tinggal di rumah kebajikan hampir dua tahun ketika ibunya bergelar ibu tunggal.

Kata pemilik nama lengkap Nur Fasha Sandha Hassan, wanita kesayangannya, Hatijah Teh Man mengambil tanggungjawab sebagai penjaga kanak-kanak terbabit, sekali gus membawa tiga permata hati menumpang teduh.

“Kehidupan anak yatim memang cukup dekat dengan saya kerana bukan saja tak merasa kasih sayang ayah sejak usia dua tahun, saya juga pernah membesar sebumbung dengan kawan-kawan senasib.

“Waktu itu mama bekerja di sebuah rumah anak yatim di Perlis, jadi saya bersama adik-beradik lain tinggal di sana memandangkan mama juga sudah menjanda ketika itu.

“Hampir dua tahun kami tinggal di situ, bahkan saya masih ingat disebabkan mama terlampau sibuk menguruskan kanak-kanak di sana sampai tak sedar saya terjatuh longkang. Waktu itu saya berumur lima tahun,” katanya kepada Kosmo! Online.

Fasha yang ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Alfaro Sdn. Bhd. kepada 1,000 anak yatim mengakui tidak mampu menahan air mata apabila berada di sisi kanak-kanak terbabit.

Tangisan ibu kepada tiga cahaya mata itu turut bercucuran apabila memori semasa kecil terutama selepas ketiadaan figura seorang bapa dalam kehidupan mereka muncul semula.

Kata Fasha, selama lapan tahun bersendirian membesarkan anak-anak selepas bercerai, bonda tercinta membesarkan mereka tanpa lelah, selain bergelut dengan skeptikal masyarakat terhadap janda.

“Mama buat banyak kerja demi sesuap nasi, tapi setiap hari dia tak lupa sediakan sarapan sebelum menghantar kami bertiga ke sekolah dengan berbasikal sejauh tiga kilometer.

“Walaupun serba kekurangan, tetapi mama sentiasa pastikan perut kami tak kosong, sekurang-kurangnya bawa bekal donut, itu yang buatkan kami sangat kagumi semangat mama.

“Apatah lagi zaman dulu janda dipandang serong, tak macam sekarang yang hormatkan ibu tunggal. Tapi mama kami tak hirau semua itu. Dia memang wanita hebat,” ujarnya.

Mengenai kerjasama dengan Alfaro, pelakon versatil itu mengakui berbesar hati apabila syarikat pengeluar pakaian hari raya itu Saban tahun berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.

“Alfaro sudah lama menyalurkan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal serta golongan sasaran lain sejak syarikat ini beroperasi bertahun-tahun yang lalu.

“Selepas saya bersama mereka sebagai duta saya yang usulkan supaya Alfaro berkongsi program ini bagi menggalakkan syarikat lain juga melakukan perkara sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

@hibglam.com.my

PELAKON Fasha Sandha sebak teringat pengalaman tinggal di rumah anak yatim. #anakyatim #sebak #fashasandha #pelakon #hibglam 📹HANISAH SELAMAT

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI