fbpx

Stoking kalimah Allah: 11 laporan polis diterima di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR bertanya khabar pada pengunjung pada Program Walkabout di Tapak Bazar Ramadan, Plaza Angsana , Johor Bahru, semalam. Foto Baazlan Ibrahim.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah menerima sebanyak 11 laporan polis berhubung insiden penggunaan kalimah Allah di stoking di negeri ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar turut mengingatkan orang ramai agar tidak tidak melakukan sebarang kerja yang menyalahi undang-undang, termasuk mengadakan ‘flash mob’.

Menurut beliau, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap premis kilang tersebut di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, semalam dan merampas lima pasang stoking terbabit untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal dibuat mendapati pengurus kilang itu mendakwa mereka telah membeli stoking tersebut dari sebuah syarikat di China,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Angsana Johor Bahru Mall, di sini petang semalam.

Tambah beliau, selain pihaknya, siasatan berhubung kes itu turut dijalankan Bukit Aman mengikut Seksyen 298A/505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI