SENTIASA dihambat kesibukan memenuhi undangan, penyanyi dangdut Siti Badriah sanggup menolak tawaran persembahan sepanjang Ramadan.
Katanya, dia tidak berasa rugi berbuat demikian kerana lebih memikirkan masa berkualiti dengan suami tercinta, Krisjiana serta mahu fokus terhadap ibadah.
Suaminya yang juga pelakon turut sibuk di set penggambaran sehingga kadangkala sukar untuk mereka makan bersama-sama.
Jadi katanya, dalam tempoh lima tahun mendirikan rumah tangga, waktu sahur serta berbuka adalah masa yang ditunggu-tunggu.
Akhir tahun lalu mereka mengundang perhatian apabila Krisjiana menyebut Siti Badriah bodoh ketika mereka bergurau dalam Instagram.
Gara-gara gurauan disifatkan melampau itu, netizen meminta penyanyi terbabit meninggalkan sahaja lelaki seperti itu.