fbpx

Projek rintis Dasar Gaji Progresif dinilai pada September 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penilaian impak projek rintis Dasar Gaji Progresif akan dilaksanakan pada September 2024 bagi memastikan ketersediaan dasar itu sebelum dilaksanakan secara menyeluruh diputuskan.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, projek rintis terbabit akan dimulakan pada Jun hingga Ogos tahun ini.

Menurutnya, terdapat empat Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan merentasi kementerian dan agensi telah ditubuhkan dan sedang melaksanakan gerak kerja untuk memperincikan mekanisme pelaksanaan Dasar Gaji Progresif.

“Ia merangkumi, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Dasar, Jawatankuasa Pembangunan Sistem, Jawatankuasa Peningkatan Kemahiran dan Produktiviti serta Jawatankuasa Kerja Panduan Kenaikan Gaji Tahunan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy bilakah Kerajaan akan melaksanakan dasar tersebut bagi mereformasi pasaran buruh selain memberikan keadilan sosial kepada pekerja sektor swasta.

Mengulas soalan tambahan Andi Muhammad bahawa dasar itu bukan bersifat mandatori, Hanifar Hajar berkata, pelaksanaan perkara tersebut dibuat secara sukarela oleh syarikat.

“Jikalau mereka tidak mendaftar. Kita tak boleh paksa mereka kerana kita belum pasti bahawa ini adalah satu inisiatif yang terbaik dapat dilaksanakan.

“Oleh sebab tu kita melaksanakan satu projek rintis dan kita akan nilai dan buat penambahbaikan yang perlu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI