fbpx

Polis siasat aduan kakak Bella terima ugutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORISHAM mendakwa terima ugutan disyaki daripada individu mempunyai pertalian darah dengan suspek kes bunuh adiknya.

BATU PAHAT – Polis akan melakukan siasatan terhadap aduan seorang wanita yang juga kakak kepada mangsa bunuh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan polis telah dilakukan oleh kakak Bella, Norisham Samsusah, 37, pada 17 Mac baru-baru ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru namun siasatan akan dijalankan di Batu Pahat.

Katanya, semua perkara berkaitan aduan berkenaan termasuk keterangan daripada individu yang dikatakan melakukan ugutan itu sedang dalam proses siasatan.

“Pihak polis akan melakukan siasatan daripada mana-mana pihak samada daripada keluarga tertuduh mahupun keluarga mangsa jika terdapat sebarang unsur ugutan,” katanya ketika diminta mengulas laporan Norhisham yang mendakwa diugut seorang individu melalui status dimuat naik dalam media sosial Instagram.

Dalam pada itu, Norhisham Samsusah atau Ayu dalam laporannya mendakwa telah menerima ugutan daripada individu disyaki mempunyai pertalian dengan bekas teman lelaki arwah adiknya Mila Sharmilah atau lebih dikenali sebagai Bella.

Tangkapan layar pertama ayat ‘Itu baru sedikit dan ada lagi perkara lain yang akan dilakukan dan ini baru permulaan, gameplay semuanya bermula sekarang, bersedia, bukan setakat gila yang aku buat’, manakala ugutan kedua ‘Baru setengah hari tunggu la, tak lama lagi mesti sahur dekat dalam huhuhu’ dipercayai mempunyai kaitan penahanan Norhisham selama sehari oleh polis, Isnin minggu lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI