fbpx

Pencuri senam yoga sebelum pecah masuk kedai roti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CCTV menunjukkan aksi pencuri yang sedang merenggangkan ototnya sebelum mencuri kedai bakeri. – PHILLIPPA’S BAKERY

SYDNEY – Seorang pencuri dirakam melakukan senaman yoga di hadapan sebuah kedai roti di Richmond, Australia sebelum memecah masuk premis tersebut dan melarikan croissant, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Tindak-tanduk pencuri wanita itu dirakam oleh kamera sistem televisyen litar tertutup (CCTV) pada 3 Mac lalu.

Pencuri terbabit dilihat meregangkan ototnya dengan memakai pakaian berwarna hitam di tempat letak kereta Bakeri Phillippa’s.

Pemilik kedai roti itu berkata, mereka terkejut melihat pencuri tersebut mengutamakan kecergasannya.

“Nampaknya, yoga adalah satu kemestian sebelum memecah masuk.

“Beberapa barang telah dicuri termasuk croissant, di mana ia terlalu ‘menggoda’ buat pencuri ini,” katanya secara sinis dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, polis mengesahkan telah menahan seorang wanita berusia 44 tahun yang disyaki melakukan kecurian tersebut.

Antara barang yang dicuri adalah kasut pembuat roti, iPad dan beberapa produk pembersihan. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI