fbpx

Misteri ‘telur makhluk asing’ dalam tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek berbentuk bola-bola berbentuk jeli ditemui di Takungan Air Sungai McGee, Atoka baru-baru ini. - Foto ODWC

WASHINGTON – Satu objek misteri ditemui di sebuah tasik di Oklahoma, Amerika Syarikat, dengan ada dalam kalangan netizen menyifatkannya kelihatan seperti telur makhluk asing, lapor akhbar New York Post semalam.

Jabatan Pemuliharaan Hidupan Liar Oklahoma (ODWC) mendedahkan penemuan di Takungan Air Sungai McGee, daerah Atoka menerusi laman Facebook sebelum ia menjadi tular.

“Jika anda menaiki bot di tempat seperti Takungan Air Sungai McGee, anda mungkin melihat bebola seperti jeli yang aneh ini tergantung pada pokok yang tenggelam,” tulis agensi itu di Facebook pada 12 Mac lalu sambil memaparkan gambar objek berkenaan.

Hantaran itu mendapat banyak komen daripada netizen dengan ramai yang cuba meneka objek tersebut, malah ada yang secara bergurau menulis bahawa ia ialah telur ‘godzila’.

Godzila merupakan makhluk raksasa fiksyen gergasi yang amat popular di Jepun.

“Seperti telur makhluk asing!” ujar seorang netizen yang cuba mengaitkan penemuan itu dengan teori angkasa lepas.

Bagaimanapun, ODWC kemudian tampil menjelaskan bahawa bebola jeli itu tidak berbahaya kepada manusia atau hidupan liar.

Malah, ia sebenarnya sejenis mikroorganisma akuatik digelar bryozoans, dan merupakan petunjuk kualiti alam sekitar yang baik, demikian menurut jabatan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI