fbpx

Media main peranan penting beri pandangan, teguran – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bercakap kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Madani Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Media perlu memainkan peranan penting dalam memberi pandangan, ulasan, pencerahan dan teguran dalam suasana demokrasi yang bermakna untuk negara.

Itu harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyifatkan media perlu bersama memainkan peranan mengangkat martabat umat.

“Saya agak terkesan kerana isu besar negara, soal mengejar pertumbuhan lebih rancak, mendepani masalah seperti cabaran digital, peralihan tenaga, kemahiran, kecekalan dan keterampilan anak muda dalam bidang tertentu, tidak menarik minat sebahagian tokoh politik.

“Mereka masih lagi terikat, terperangkap dalam tempurung, pemikiran jumud yang lapuk dan lama,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri meraikan kira-kira 200 pengamal media pada majlis berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Perdana Menteri berkata, usaha mengangkat martabat umat dan negara memerlukan ilmu, kecekalan, disiplin, kecintaan serta keprihatinan dalam menyantuni masyarakat.

“Saya harap mudah-mudahan dengan semangat Ramadan ini, sebagai madrasah Ramadan, dapat kita diikatkan iman, ilmu dan disiplin,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI