fbpx

Mantai Rayo 2024 tawar 16,000 kg daging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALALUDDIN Alias pada sidang akhbar Pengumuman Program Mantai Rayo 2024 Negeri Sembilan di Wisma Negeri, Seremban hari ini. 

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan meneruskan tradisi mantai di negeri ini menerusi penganjuran Program Mantai Rayo 2024 yang akan berlangsung pada 7 April ini secara serentak di lapan buah kawasan Parlimen, melibatkan 20 lokasi terpilih.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, menerusi program tersebut,
dianggarkan sebanyak 16,000 kilogram (kg) daging pejal (atau 160 ekor lembu) akan ditawarkan kepada orang ramai.

Menurutnya, majlis prapelancaran program akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang dijadualkan akan dilaksanakan pada 3 April ini.

“Semasa majlis tersebut, Menteri Besar akan mengumumkan harga istimewa yang telah dipertujui untuk jualan daging pejal semasa Program Mantai Rayo tersebut.

“Perasmian program pula akan dilaksanakan di setiap lokasi program oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terlibat secara serentak pada tarikh sama,” katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan telah meletakkan spesifikasi khusus kepada setiap lembu yang terlibat seperti perlu cukup umur dan sihat.

Dalam pada itu memberitahu, ayam, telur, itik salai dan ikan juga akan dijual pada harga rendah pada program berkenaan sebagai meringankan beban orang ramai membuat persiapan raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI