fbpx

LTdL 2024: Laluan lebih ‘kaw’ menanti pelumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LTDL 2024 menjanjikan keunikan tersendiri dengan dua laluan pendakian berturut-turut di Cameron Highlands dan Genting Highlands.

PERLUMBAAN Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bakal menjanjikan pertarungan sengit apabila tiga laluan iaitu dua pendakian berturut-turut berstatus Hors di Cameron Highlands dan Gen­ting Highlands selain menempuh laluan berliku di Sarawak bakal menjadi penentu gelaran.

Perlumbaan berstatus ProSeries tersebut yang bakal berlangsung dari 29 September hingga 6 Oktober nanti melibatkan lapan peringkat dan pelumba akan menempuh laluan ­sejauh 1,191.1 kilometer (km).

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, laluan kali ni ditentukan hasil maklum balas daripada pasukan tahun lalu yang menyifatkan pendakian di Banjaran Titiwangsa dan Gen­ting Highlands tidak cukup padu buat mereka.

“Tahun lalu ada pasukan iaitu Euskaltel-Euskadi, EF Education-EasyPost memberi pandangan bahawa laluan pendakian tahun lalu di Banjaran Titiwangsa dan juga Genting Highlands tidak cukup ‘kaw’ bagi mereka.

“Tahun ini sedikit unik kerana perlumbaan pendakian berturut-turut di Cameron Highland dan juga Genting Highlands. Perlumbaan peringkat 3 Taiping-­Cameron Highlands (170.3km) tidak mengakibatkan jarak terlalu jauh dengan pelumba lain seperti tahun lalu.

“Pendakian seterusnya iaitu peringkat 4 dari Kuala Kubu Bharu ke Genting Highlands (112.8km) antara laluan yang ditunggu-tunggu. Kita ada asas buat perlumbaan pendakian berturut-turut,” katanya.

Tambahnya, kemungkinan penentuan gelaran juara bukan di dua pendakian tersebut, tetapi ia bakal ditentukan sewaktu perlumbaan peringkat tujuh di Miri-Bintulu melibatkan pertarungan sejauh 199.3km

“Jadi, perlumbaan tersebut pasti menyebaban pertarungan merebut jersi keseluruhan lebih terbuka terutama untuk melakukan ‘breakaway’,” jelas Emir.

Tiga pasukan berbasikal negara dijangka menyertai perlumbaan kali ini membabitkan Pasukan Kebangsaan Malaysia, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Professional ­Cycling (MPC).

Selain itu, penyertaan lain dijangka diterima dari negara se­perti Kazakhstan, Amerika Syarikat, Australia, Itali, Sepanyol, Switzerland, China, Indonesia dan Jepun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI