fbpx

Lelaki menyamar OKU mengemis depan bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki (duduk, tengah) dicekup selepas menyamar sebagai OKU dan mengemis di depan sebuah bank di Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu hari ini. FOTO MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang menyamar sebagai pengemis dan orang kelainan upaya (OKU) fizikal dengan memakai tongkat meraung meminta untuk dilepaskan apabila dia dicekup anggota penguat kuasa dalam Operasi Bersepadu Ramadan di sekitar bandar Kota Bharu dan Kubang Kerian hari ini.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi di depan sebuah bank di Jalan Kebun Sultan di sini menerusi Operasi Mengambil Orang Papa yang dijalankan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama agensi lain.

Individu yang tiada kad OKU itu juga cuba melarikan diri dan memberikan pelbagai alasan dengan merayu agar dilepaskan selain berjanji tidak akan mengulangi kesalahan dilakukan.

“Tolonglah! Aku minta maaf. Aku tokse gi (tidak mahu pergi). Lepaskan aku. Semula-semula aku tok buat doh (lain aku tak buat lagi). Aku baru duduk jah sebentar tadi (aku baru sahaja duduk tadi).

“Saya tidak pernah menerima sebarang bantuan. Saya datang dari Kubang Kerian dan bertongkat jalan kaki ke sini. Sudah setahun saya tidak kerja kerana kaki cedera akibat kemalangan,” katanya ketika merayu kepada pihak berkuasa selepas ditangkap semasa Operasi Bersepadu Ramadan, hari ini.

Lelaki itu merupakan salah seorang daripada lima individu termasuk seorang lelaki warganegara Thailand dan seorang wanita yang ditahan dalam operasi itu.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI