fbpx

Lelaki ditahan jual serbuk ketum guna jenama teh hijau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPM merampas merampas serbuk ketum dan air ketum yang diproses seorang lelaki dirumahnya di Kampung Contoh, Suang Parai, Jalan Sepanggar pada Ahad lalu. FOTO Ihsan PPM

KOTA KINABALU – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki disyaki pengedar air ketum dalam penahanan di Kampung Contoh, Suang Parai, Jalan Sepanggar pada Ahad lalu.

Dalam serbuan sekitar pukul 9.30 malam itu, suspek berumur 56 tahun terbabit dikesan melakukan aktiviti memproses daun ketum bagi tujuan dijual dalam bentuk serbuk ketum sebagai teh hijau atau green tea.

Timbalan Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Superintendan Abdul Nasir Othman berkata, serbuan dibuat ke atas rumah suspek selepas pihaknya menerima maklumat berkenaan kegiatan memproses dan menjual ketum yang dibuat oleh lelaki terbabit.

“Sewaktu serbuan dijalankan, pasukan operasi menemui tujuh bungkus plastik lut sinar mengandungi serbuk warna hijau bertulis ‘Green Tea Powder Padu’.

“PPM turut merampas 43 botol air 1.5 liter berisi air berwarna hijau disyaki air ketum bersama barangan memproses dan menjual ketum termasuk dapur, tong gas dan periuk,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Nasir berkata, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses daun ketum berkenaan turut dirampas antaranya penimbang besi, corong, penapis, plastik pembungkus dan botol kosong.

“Polis juga merampas telefon bimbit dan wang tunai pelbagai nilai yang dipercayai hasil daripada kegiatan penjualan serbuk dan air ketum dengan nilai keseluruhan rampasan sekitara RM6,560,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI