fbpx

Gelandangan hanyut ke tengah laut diselamat buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOMKIAT diselamatkan selepas rakitnya hanyut di tengah laut di luar pantai Pattaya kelmarin. - Foto The Pattaya News

PATTAYA – Seorang lelaki gelandangan diselamatkan buat kali kedua dalam masa sebulan selepas rakit buatannya dihanyutkan ke luar pantai Pattaya kelmarin, lapor portal berita The Pattays News.

Somkiat Mahawan, 53, pada awalnya dilaporkan berehat di atas rakit buatan sendiri.

Rakit itu diperbuat daripada botol plastik dan hanyut di tengah laut di Pattaya.

Ini bukan kali pertama dia berbuat demikian. 

Pada 12 Mac lalu, Somkiat telah diselamatkan oleh pihak berkuasa selepas cuba belayar ke Koh Larn menggunakan rakit yang dibinanya.

Pihak berkuasa tempatan sempat mengesannya terkandas di laluan feri pelancong sebelum  membawa Somkiat kembali ke pantai dengan selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI