fbpx

David Teo angkat 2 ibu jari, boikot artis bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbit David Teo bersetuju dengan gerakan memboikot artis-artis bermasalah demi kemajuan industri seni tanah air - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR – Ketika ramai orang industri memboikot dan menyenaraihitamkan artis bermasalah, penerbit David Teo tidak menafikan akan melakukan hal sama demi mengelakkan sebarang masalah terhadap syarikat produksinya, Metrowealth International Group (MIG).

Ujar Pengarah Urusan MIG itu, perlu ada tindakan yang mampu menyedarkan segelintir artis bermasalah baik berkaitan penyondol mahupun langgar kontrak daripada terus besar kepala dan mendongak ke langit hanya kerana sudah dikenali ramai.

“Saya bersetuju segelintir penerbit mahupun pengarah yang memboikot artis bermasalah sebab ini adalah satu bentuk pengajaran bagi mereka sedar diri. Apabila nama sudah melambung naik tinggi, mereka lupa tengok bawah, jadi kena tembak bagi jatuh supaya tidak terus leka.

“Saya ikut jejak penerbit lain, nak boikot siapa, saya juga akan lakukan perkara sama. Saya sudah 24 tahun dalam industri hiburan, bermacam jenis perangai artis saya hadap, dulu boleh sabar sekarang tidak lagi.

“Sama sahaja baik pelakon sendu mahupun popular, masing-masing ada perangai sendiri, besar kepala sehingga menyebabkan penerbit dan pengarah rugi besar selain mencacatkan kelancaran sesebuah penggambaran,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya adakah isu ini hanya berlaku dalam kalangan artis masa kini sahaja, David berkata, masalah sedemikian tidak mengenal generasi bahkan sudah lama terjadi sejak dirinya mula duduk di kerusi penerbit lagi.

“Sebenarnya memang sejak dulu lagi wujud artis bermasalah, tetapi saya masih bersabar lagi malas ambil pusing dan tidak akan ambil mereka berlakon lagi, tidaklah dicanang kepada pengarah lain supaya berbuat benda sama.

“Masalah disiplin dalam kalangan artis ini ibarat senario yang tidak akan pernah selesai, apabila sekarang ramai turut memboikot golongan bermasalah ini, saya angkat dua ibu jari.

“Menyokong di sini bukan ingin menutup periuk nasi mereka namun, sekadar memberi pengajaran dan berharap dia berubah suatu hari nanti,” ujarnya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Cheongsam Merah Darah, semalam.

Sebelum ini, heboh apabila David mendedahkan mahkamah sudah memutuskan supaya pelakon Hun Haqeem membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada syarikat milik, MIG atas kes perlanggaran kontrak.

Susulan itu, ramai netizen meminta David untuk memboikot aktor itu daripada terus berlakon di bawah syarikatnya demi memberi pengajaran.

Tidak hanya itu, penerbit, A. Aida juga telah menyenaraihitam pelakon Ruhainies gara-gara ‘kantoi’ ditangkap khalwat dengan pelakon Aliff Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI