fbpx

Bayi tiga bulan maut di rumah pengasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Presint 15, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 1.04 petang itu, mangsa sebelum itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum di bawa ke Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, bayi malang itu baru sahaja dua hari dihantar ke rumah pengasuh tersebut.

Beliau berkata, difahamkan, ibu mangsa menerima anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada tanda masih bernyawa.

“Pengasuh sebelum itu telah melakukan bantuan pernafasan sejak dari rumah dan diteruskan di unit kecemasan hospital selama 30 minit, namun bayi itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 12.16 tengahari.

“Hasil pemeriksaan fizikal ke atas bayi itu tidak menemui sebarang kesan kecederaan justeru mangsa dirujuk ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat, hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, polis telah merakaman percakapan daripada kedua ibu bapa mangsa dan pengasuh.

A Asmadi berkata, bapa mangsa memaklumkan anaknya dihantar ke rumah pengasuh ketika hari kejadian dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami batuk seminggu sebelum ini.

“Ibu mangsa pula berkata, Isnin lalu, anaknya telah dihantar ke sebuah Klinik di Presint 18 untuk pemeriksaan kesihatan dan telah dimaklumkan doktor bahawa keputusan X-Ray menunjukkan mangsa tidak mengalami sebarang masalah.

“Ibunya memaklumkan, doktor di klinik itu memberikan ubat batuk dan ubat gatal dan dia hanya memberikan ubat batuk kepada anaknya itu,” katanya. – KOSMO! OLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI