fbpx

8.1 tan metrik makanan bazar Ramadan seluruh negara diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SABAK BERNAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyelamatkan sebanyak 8.1 tan metrik makanan dan minuman di bazar Ramadan seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, makanan dan minuman bernilai RM116,000 itu diselamatkan menerusi program MYSaveFood sepanjang tempoh enam hari puasa.

“Kempen itu digerakkan KPDN dengan kerjasama rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA),” katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Rahmah dan Pelancaran Program MySaveFood di Bazar Ramadan Sungai Besar di sini, petang ini.

Menurut beliau, sebanyak 35 Gerakan Pengguna Siswa (GPS) di bawah KPDN digerakkan di seluruh negara bagi menjayakan program berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI