fbpx

Yayasan Bank Rakyat bantu 63 sekolah di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ewon Benedick (empat dari kiri) bersama Philip Benedict Lasimbang (tiga dari kirir) dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Sekolah-sekolah di Kedamaian, Sabah.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah menyerahkan bantuan persekolahan kepada 63 buah sekolah di Sabah.

Bantuan yang melibatkan 54 sekolah kebangsaan (SK) dan sembilan sekolah menengah kebangsaan (SMK) itu dijalankan dengan kerjasama bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, bantuan tersebut diberikan kepada murid dari kalangan asnaf dan keluarga B40 dengan objektif untuk membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid bagi sesi persekolahan tahun 2024.

Beliau berkata, bantuan tersebut juga diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik murid-murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang baru.

“Saya amat berterima kasih kerana YBR berterusan membantu sekolah-sekolah di Sabah.

“Saya berharap lebih banyak organisasi lain akan turut sama berganding bahu dalam memberi bantuan-bantuan tanpa mengira bentuk atau nilai wang ringgit bagi memartabatkan pendidikan ke peringkat seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang berkata, pemberian bantuan sekolah itu diharapkan dapat meringankan beban pelajar dan sekolah khususnya di Sabah.

“Semoga bantuan yang disalurkan kepada pihak sekolah dapat memberi semangat dan motivasi kepada pihak sekolah untuk sentiasa meningkatkan momentum dalam membantu murid-murid.

“Ini juga merupakan salah satu strategi YBR dalam membantu komuniti setempat”, katanya.

Jelas Philip, usaha tersebut juga adalah inisiatif YBR dalam membantu masyarakat terutamanya di dalam bidang pendidikan.

Bagi tahun 2023, seramai 10,726 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1.75 juta yang melibatkan 31 lokasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI