fbpx

Tindakan tegas majikan langgar hak pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim ketika sesi MQTdi Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana majikan termasuk parti politik jika didapati berlaku pelanggaran hak pekerja.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, pendirian kerajaan adalah tetap dan tegas bahawa pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh diambil sambil lewa.

“Kita tidak akan kompromi di bawah siapa sama ada swasta, kerajaan, parti politik, bukan parti politik. Kementerian akan ambil tindakan jika hak pekerja tidak dibela.

“Negara kita ada raja dan undang-undang, tak kira siapapun baik swasta, syarikat kerajaan di negeri Kedah, Pulau Pinang atau parti politik, semua kena ikut undang-undang. Kalau tak salah, jangan khuatir, kita akan bantu,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu tentang satu memo daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia yang tular berkait satu arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam atau SMITI.

Jelas Steven, mana-mana pekerja yang terlibat dengan tunggakan gaji oleh majikan, boleh hadir ke Pejabat Tenaga Kerja (PTK) di cawangan berdekatan bagi mendapatkan khidmat nasihat.

“Pekerja juga dinasihatkan untuk memfailkan kes buruh di PTK cawangan berkaitan bagi menuntut bayaran gaji yang tidak diterima.

“Kes buruh yang difailkan di PTK cawangan akan dikendalikan melalui mahkamah buruh bagi menyelesaikan tuntutan kewangan oleh pekerja terhadap majikan, sebagaimana dalam peruntukan di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI