fbpx

[VIDEO] Tiga lans koperal ‘hero’ selamatkan 2 beranak terperangkap kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa dan anak perempuan yang terperangkap dalam kebakaran semalam diselamatkan oleh anggota polis.

KUALA LUMPUR – Tiga anggota polis berpangkat lans koperal mendapat pujian ramai susulan tindakan pantas mereka memecah pintu sebuah kondominium bagi menyelamatkan dua beranak yang terperangkap dalam kebakaran di Wangsa maju di sini semalam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi perkongsian di media sosial hari ini memaklumkan, mangsa yang diselamatkan adalah seorang bapa dan anak perempuannya.

Dalam hantaran sama, pasukan itu berkongsi detik-detik cemas insiden kebakaran itu dan wajah-wajah anggota yang terlibat dalam operasi menyelamat tersebut.

“Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel dari Balai Polis Wangsa Maju bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan yang dibuat isteri mangsa pada pukul 4.30 petang.

“Ketiga-tiga anggota polis ini turut berjaya memadamkan api dan membawa keluar mangsa dalam keadaan selamat,” katanya dalam hantaran itu.

Sehubungan itu, PDRM menghargai jasa dan pengorbanan ketiga-ketiga anggota berkenaan yang sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan nyawa dua beranak tersebut,

“Setinggi-tinggi penghargaan buat Mohamad Khairul Annuar, Mohamad Hazieril dan Muhammad Shahrul Afiq atas kesanggupan mereka mempertaruhkan nyawa ketika api marak bagi menyelamatkan mangsa.

“Sesungguhnya jasa kalian itu sangat besar dan membanggakan pasukan (PDRM),” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI