fbpx

Terlalu cantik buat Katrina Kaif jadi trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATRINA KAIF

SIAPA sangka, di sebalik perkongsian mengenai kehidupan dan kerjaya seni yang menggembirakan, Katrina Kaif pernah melalui fasa sukar yang mengganggu kesihatan mentalnya.

Pelakon berusia 40 tahun itu berdepan trauma untuk keluar rumah sebelum memastikan wajahnya siap dirias, manakala penampilan pula seperti ingin ke majlis anugerah.

Dia mengakui trauma dikecam tidak sempurna atau bukan melambangkan imej seorang selebriti serta usahawan kosmetik.

Namun keadaannya mula berubah selepas berkahwin dengan aktor Vicky Kaushal tiga tahun lalu yang sentiasa mengingatkan dirinya tentang kelebihan yang ada pada dirinya selain kecantikan.

“Dulu saya trauma keluar rumah jika tidak bersiap kerana sebagai artis yang terbabit dalam bisnes kecantikan tentu sahaja peminat lebih berikan perhatian.

“Tapi selepas bergelar isteri, perasaan itu hilang sedikit demi sedikit, malah saya lebih yakin bersolek nipis hasil sokongan suami,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI