fbpx

Sterling dikecam penyokong Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO (tengah) turut dikritik oleh para penyokong sendiri kerana lambat mengeluarkan Sterling daripada perlawanan menentang Leicester malam kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino tampil mempertahankan Raheem Sterling selepas pemain sayap itu menjadi mangsa kritikan para penyokong ketika menewaskan Leicester City 4-2 pada suku ­akhir Piala FA malam kelmarin.

Sterling, 29, dicemuh penyokong sendiri sepanjang aksi di Stamford Bridge itu sehinggalah dia dikeluarkan dan digantikan oleh Noni Madueke pada minit ke-86.

Ia susulan kegagalannya menyudahkan sepakan penalti di separuh masa pertama apabila percubaannya berjaya di­selamatkan penjaga gol Leicester dari Poland, Jakub Stolarczyk.

Bekas penggempur Manchester City dan Liverpool itu kemudiannya mensia-siakan hantaran cantik daripada Cole Palmer sebelum dia menyepak tinggi
sepakan percuma di babak ­kedua.

“Cole (Palmer) memberikan bola kepada Raheem (Sterling) untuk mengambil sepakan pe­nalti. Mereka berdua mempunyai hubungan yang baik ketika berada di City. Saya tiada masalah kerana kedua-dua mereka gagal menyudahkannya.

“Saya tidak boleh menafikan apa yang dilaluinya dalam perlawanan ini amat berbeza, tetapi kita semua perlu berikan soko­ngan kepadanya. Dia seorang pemain yang hebat dan mempunyai CV menarik,

“Benar dia terlepas penalti dan beberapa peluang, tetapi secara keseluruhan saya ber­puas hati dengan aksinya. Setiap apa yang berlaku di atas padang adalah tanggungjawab saya,” kata ­Pochettino.

Pochettino turut menjadi mangsa cemuhan penyokong yang tidak berpuas hati dengan tindakan bekas pengendali Paris Saint-Germain itu menggantikan Mykhailo Mudryk dengan membawa masuk Carney Chuk­wuemeka.

Bagaimanapun, Pochettino membuat keputusan tepat kerana Chukwuemeka dan Madueke berjaya meledak dua lagi gol Chelsea untuk memenangi
perlawanan pada masa ­kecederaan.

Di separuh akhir nanti, tugas berat menanti The Blues apabila diundi menentang Manchester City, manakala satu lagi aksi di Wembley bulan depan antara Coventry City bertemu Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI