fbpx

‘Ruhainies makin pendiam, tak baca komen netizen’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUHAINIES

SHAH ALAM – “Keadaan dia okey tapi sekarang banyak mendiamkan diri.”

Demikian kenyataan yang dikongsi pembantu peribadi iaitu yang dikenali sebagai Zahar dan Fyzal pelakon Ruhainies mengenai perubahan karakter aktres itu selepas dihambat kes tangkap khalwat dengan Aliff Aziz di kondominium mewah di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Selain berkongsi tentang keadaan, Zahar atau Azhar Aziz turut menasihati pemilik nama lengkap Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas agar tidak membaca komen dalam media sosial.

“Keadaan dia okey sahaja dan masih bekerja seperti biasa cuma karakternya kini lebih banyak berdiam diri.

“Kami sebagai rakan juga menasihati agar tidak membaca dan menutup ruangan komen dalam media sosial namun dia sedar mengenai semua yang berlaku.

“Daripada pihak kami, memang sedikit tertekan membaca semua komen kecaman dalam media sosial,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam masa sama, Zahar yang mengenali Ruhainies sejak sembilan tahun lalu yakin aktres itu tidak terlibat dalam sebarang perbuatan tidak senonoh.

Pembantu peribadi Ruhainies iaitu Zahar dan Fyzal percaya aktres tersebut tidak bersalah berhubung kes khalwat dengan aktor Singapura, Aliff Aziz.

“Kami dapat tahu pada sebelah siang hari Sabtu dan terkejut. Kami tidak mahu komen tentang kejadian terbabit kerana tiada di lokasi.

“Tak mungkin Ruhainies berbuat begitu. Dia seorang yang baik, sopan-santun dan lemah-lembut. Dia bukan jenis begitu seperti yang dikatakan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Fyzal menegaskan dia dan Zahar bukan pembantu peribadi Ruhainies pada malam kejadian.

Sebaliknya ada seorang lagi individu yang tidak mahu dikenali sepatutnya menemani Ruhainies ketika itu.

“Saya dan Zahar tiada di tempat kejadian. Ada orang lain yang bersama dia malam itu.

“Difahamkan, pembantu pengurus itu memang sudah dalam perjalanan ke kondominum tetapi perlu patah balik untuk mengambil baju,” jelasnya.

Pada 8 Mac lalu Ruhainies ditahan bersama Aliff oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) atas dakwaan khalwat.

Kedua-dua mereka kemudian tampil memohon maaf namun menafikan segala dakwaan yang dibuat.

Mereka dijangka bakal didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI