fbpx

Perak minta pengecualian eksport NR-REE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (dua dari kanan) memotong riben sempena program Prapelancaran Karnival Agropelancongan Perak 2024 dan Majlis Penyerahan Sumbangan Perak SADC termasuk Pelancaran Pra-pesanan Jualan Rahmah Aidilfitri di Ibu Pejabat SADC Perak di Ipoh hari ini. - Foto LIYANA RAMLI

IPOH – Kerajaan Perak meminta pengecualian untuk mengeksport bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) ke luar negara bagi mengelak daripada kehilangan hasil sumber pendapatan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebelum ini, isu itu sudah dibangkitkan ketika perjumpaan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ketua-ketua menteri termasuk menteri-menteri besar.

“Jika kerajaan persekutuan menghalang untuk mengeksport, bermakna kita akan kehilangan hasil itu.. Hasil sudah ada, nak jual ke mana? Jadi, disebabkan itu, kita minta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam supaya ada moratorium pengecualian untuk Perak supaya kami boleh mengeksport sehingga wujud dasar yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), Pelancaran Pra-pesanan Jualan Rahmah Aidilfitri dan Prapelancaran Karnival Agropelancongan Perak 2024 di Ibu Pejabat, Perak SADC di sini.

Terdahulu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengingatkan setiap kerajaan negeri untuk mematuhi pelaksanaan moratorium pengeksportan bahan mentah NR-REE yang dikuatkuasakan pada 1 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI