HONG KONG – Seorang pengantin perempuan nekad meninggalkan pengantin lelaki pada hari perkahwinan mereka dan melarikan diri bersama bekas kekasihnya, lapor laman berita Suryamalang semalam.
Wanita tidak didedahkan identitinya itu tidak menyangka bekas teman lelakinya akan hadir ke majlis tersebut. Oleh kerana masih terkenang dan dilanda perasaan kasihan, dia sanggup meninggalkan bakal suaminya sebelum sempat berumah tangga.
Sikap pengantin perempuan membuat keluarga pengantin lelaki malu dan kecewa.
Kisah tersebut menjadi tular dan dan mendapat pelbagai komen netizen.
Pada awalnya, pengantin perempuan dilaporkan bersedia untuk berkahwin dengan bakal suaminya di sebuah hotel sebelum mereka mendengar situasi kecoh di luar.
Pengantin perempuan keluar untuk melihat apa yang berlaku, namun terkejut melihat bekas teman lelakinya hadir dan turut memakai baju pengantin. – AGENSI