fbpx

Pemuda cuba samun pemandu kereta maut dilanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik memeriksa mayat seorang lelaki yang maut dilanggar sebuah kereta di pekan Kuala Kedah di Alor Setar, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Seorang pemuda berusia 29 tahun maut akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian cubaan samun di pekan Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 6.39 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika pemuda yang maut bersama dua rakan subahat dipercayai mahu menyamun lelaki berusia 32 tahun terbabit.

“Ketika kejadian lelaki itu berada di dalam keretanya manakala pemuda dan dua rakan yang mahu melakukan samun menaiki dua motosikal. Salah seorang suspek bertindak memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Shukri, pemuda itu mendakwa, akiubat ketakutan dia bertindak memecut keretanya sebelum melanggar motosikal dinaiki pemuda terbabit yang cuba menghalang di bahagian hadapan kereta.

Menurut beliau, suspek kes cubaan samun yang dilanggar itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang melarikan diri.

Tambahnya, polis membuka dua kertas siasatan serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) ke atas lelaki yang melanggar pemuda terbabit dan Seksyen 393 KK ke atas dua suspek yang masih bebas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI